Tahukah anda bahawa penjimatan paling maksima boleh didapati apabila Power Factor sempurna atau nilai power factor lebih besar terhasil di dalam sistem elektrik di rumah atau premis anda. Power Factor adalah ukuran sebenar kuasa yang diperlukan (active power) berbanding dengan reactive power. Semakin tinggi Power Factor, semakin kecil reactive power dan semakin jimatlah bil anda.
Produk Inovasi Penjimatan Bil Elektrik. Menggunakan Kaedah Power Factor. Cara Yang Sah & Selamat!
Bagi memahami kaedah Power Factor ini saya akan tunjukkan rajah kuda sedang menarik keretapi seperti di bawah:
Kedudukan iaitu sudut dimana kuda tersebut berada semasa menarik keretapi tersebut adalah dipanggil Power Factor, dimana ia adalah nisbah antara 'working (real) power' dan 'total (apparent) power'. Formulanya adalah seperti berikut:
Power Factor = Working (Real) Power
Total (Apparent) Power
Untuk memahami apa itu Power Factor, andaikan seekor kuda yang sedang menarik sebuah keretapi di atas landasan. Kuda tersebut hanya boleh menarik keretapi tersebut dari sisi landasan sahaja kerana kuda tidak dapat bergerak lebih pantas di atas landasan. Ini bermakna kuda tersebut sedang menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai 'total (apparent) power' untuk menarik keretapi tersebut. Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di atas landasan pula dikenali sebagai 'working (real) power'.
Oleh kerana kedudukan kuda tersebut semasa menarik adalah berada di sisi keretapi, maka tidak semua tenaga kuda dapat dioptimumkan, walaupun hakikatnya kuda tersebut telah menggunakan seluruh tenaganya!. Oleh itu pembaziran tenaga kuda berlaku dan pembaziran tersebut adalah 'nonworking (reactive) power'.
Sebenarnya semakin hampir kuda tersebut dengan landasan, maka semakin banyaklah tenaga yang dapat digunakan untuk menarik keretapi tersebut. Dengan kata lain semakin kuranglah pembaziran tenaga kuda tersebut.
Oleh yang demikian nilai 'working (real) power' tadi akan semakin menyamai dengan 'total (apparent) power'. Jadi, semakin lama nilai nisbah antara keduanya akan menghampiri kepada 1. Apabila Power Factor menghampiri 1, maka 'reactive (nonworking) power' akan menghampiri kepada 0. Ini bermakna tiada pembaziran langsung pada tenaga kuda tersebut!
Contoh perkiraan Power Factor.
Dengan Penggunaan Teknologi Power Saver, Setiap unit Power Saver ini mengandungi Alat yang bertujuan untuk menambahkan dan menstabilkan tenaga.
Andaikan penambahan tenaga adalah sebanyak 67kW, dilakukan oleh alat ini, maka Apparent Power telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada 105kVA,(seolah-olah kuda berada paling dekat dengan landasan)
maka nilai Power Factor kini adalah:
Power Factor = 100 /105
= 0.95 @ 95%
Hasilnya 95% tenaga elektrik yang anda terima digunakan secara optimum di rumah atau premis anda. Ini bermakna semakin kurang pembaziran yang terhasil kerana 95% adalah tenaga optimum.
Dengan menggunakan Power Saver ini, hanya 5% sahaja pembaziran berlaku berbanding tidak menggunakan Power Saver.
Jika tidak menggunakan Alat ini:
Jika tidak menggunakan Alat ini:
Real Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA, Reactive Power= 100 kVAR
Real power adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil penggunaan semasa.
Power Factor = Working (Real) Power
Total (Apparent) Power
Power Factor = 100 /142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan di rumah atau premis anda. 30% lagi tenaga tidak digunakan atau berlaku pembaziran!